Khamis, 23 Disember 2021

Bekalan elektrik di 409 kawasan di 3 negeri pulih

Gambar hiasan antara pencawang yang terjejas kerana banjir.
Gambar hiasan antara pencawang yang terjejas kerana banjir.

KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di 409 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat banjir sudah pun dipulihkan, sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, bekalan elektrik pulih di 272 kawasan di Pahang, 22 kawasan di Negeri Sembilan dan 11 kawasan di Kuala Lumpur.

"Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan," katanya melalui laman sosial rasmi TNB, hari ini.

Selain itu, sebanyak 225 kawasan di tiga negeri berkenaan masih belum mendapat bekalan elektrik berikutan penutupan bekalan oleh TNB untuk keselamatan pengguna setempat.

TNB berkata, jumlah kawasan yang terbabit adalah 216 kawasan di Pahang, enam di Negeri Sembilan dan tiga di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: