Isnin, 27 Disember 2021

Tujuh negeri diramal ribut petir, hujan lebat

Oleh NOR AZIAH MAT NOH
 
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kesemua kawasan di Kuala Lumpur bakal berdepan dengan cuaca buruk sehingga malam ini.

“Di Selangor kawasan yang terlibat ialah Petaling, manakala di Perak kawasan dijangka terlibat ialah Larut, Matang, Selama, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Selain itu, ramalan sama turut melibatkan kawasan Seremban, Negeri Sembilan dan Pontian di Johor” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Serian, Sibu, Dalat dan Matu di Mukah, Marudi di Miri dan Limbang mengalami cuaca yang sama.

Di Sabah pula, kawasan terlibat termasuk kawasan pedalaman Tenom dan Nabawan. – K! ONLINE

Tiada ulasan: