PAPAR: Bayi lelaki berusia setahun maut, manakala empat lagi parah selepas kereta yang dinaiki keluarga berkenaan terbabas dalam kemalangan di Jalan Kimanis - Keningau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai hilang kawalan dan merempuh bukit di tepi jalan berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sabah) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.24 petang.
Katanya, pasukan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.
"Pasukan operasi mendapati terdapat lima mangsa membabitkan satu lelaki, tiga wanita dan seorang bayi lelaki.
Keadaan kenderaan MPV Naza Citra dinaiki mangs yang rosak
teruk selepas terbabas sendiri.
"Mangsa bayi lelaki berusia setahun terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Empat lagi mangsa diberikan rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Papar, untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan