Rabu, 29 Disember 2021

MB Kedah bawa ‘backhoe’ cuci rumah mangsa banjir

 Nurul Huda Abhar

MB Kedah bawa ‘backhoe’ cuci rumah mangsa banjir

TERDAPAT banyak kumpulan sukarelawan dan individu persendirian tampil membantu mangsa yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda Lembah Klang, baru-baru ini.

Tidak terkecuali hadir turun padang memerah keringat membantu mangsa banjir di Selangor adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam sebuah video yang dimuat naik @paskawasanlipis di aplikasi TikTok, Muhammad Sanusi dilihat mengendalikan sendiri ‘backhoe’ membersihkan kawasan rumah mangsa banjir.

“MB (Menteri Besar) turun bawa backhoe cuci rumah banjir di Selangor. Tanpa memikirkan darjat dan jawatan,” tulis keterangan dalam video itu.

Tindakan Muhammad Sanusi mendapat pujian netizen yang rata-rata melihat kesungguhan beliau mengendali jentera berat itu untuk membersihkan rumah mangsa banjir.

“Alhamdulillah terbaik MB Kedah. Ini boleh jadi contoh yang baik untuk semua. Jangan main wayang sahaja, rakyat tengah menderita,” kata Shairy85.

“Contoh pada semua ahli politik, ini tidak tahu cakap tak sama bikin,” ujar Engku Ahmad Sarifudin.

“Ini baru betul turun bantu. Bukan setakat cuci longkang yang dah bersih. MB Kedah buat kerja site ok,” kata Azrul. – Malaysiapost

Tiada ulasan: