Ahad, 26 Disember 2021

Kerajaan longgarkan kaedah perolehan tangani impak banjir - MoF

 BH ONLINE

Longgokan sampah di tepi jalan selepas penduduk membuang peralatan rumah yang rosak selepas banjir melanda kawasan Puchong. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Longgokan sampah di tepi jalan selepas penduduk membuang peralatan rumah yang rosak selepas banjir melanda kawasan Puchong. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melonggarkan kaedah perolehan untuk usaha pemulihan banjir tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata peruntukan awal RM100 juta telah disediakan untuk usaha pemulihan pascabanjir, termasuk pembersihan dan pembaikan kawasan perumahan dan infrastruktur awam.

"Bagi menyegerakan dan memudahcara pelaksanaan kerja pemulihan pascabanjir, Kementerian Kewangan (MoF) pada 21 Dis, 2021 telah mengeluarkan garis panduan berhubung kelonggaran kaedah perolehan untuk kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, MoF juga berkongsi laporan yang telah dikemaskinikan bagi beberapa peruntukan dan langkah-langkah tambahan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani impak bencana banjir.– BERNAMA

Tiada ulasan: