Isnin, 6 Disember 2021

BN sedang berubah menjadi lebih baik – Asyraf Wajdi

MALAYSIA POST

BN sedang berubah menjadi lebih baik – Asyraf Wajdi

BARISAN Nasional (BN) bertekad untuk menampilkan lebih ramai muka baharu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kesudian pucuk pimpinan untuk menampilkan calon-calon muda yang bersih daripada kontroversi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, menunjukkan BN sedang berubah ke arah yang lebih baik.

“Keberanian kepimpinan khususnya Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN menampilkan 87 peratus muka-muka baharu dan calon-calon muda yang berintegriti dan bebas daripada sebarang kontroversi antara faktor penting bagi menzahirkan kesediaan BN untuk berubah ke arah kebaikan.

“InsyaAllah, formula yang sama boleh digunakan untuk memastikan BN kembali diterima oleh rakyat di semua peringkat dalam PRU15 akan datang,” katanya di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menyokong saranan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar BN perlu bersikap terbuka disamping menerima kritikan demi memantapkan gabungan itu.

“Sepanjang hari ini seluruh kepimpinan tertinggi BN mengadakan pemukiman (retreat) untuk melakukan Muhasabah dan Retrospektif parti berdasarkan keputusan PRN Melaka dan suasana politik semasa bagi.

“Ia bagi melakarkan gerak kerja yang lebih tersusun demi pemerksaan dan pemantapan parti,” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, Ahmad Zahid dalam perutusan pembukaannya menegaskan keperluan untuk keseluruhan barisan kepimpinan membuang ‘sindrom penafian’ dan bersikap terbuka untuk mendengar kritikan dan pandangan yang berbeza.

“Walaupun perit ia bagi memastikan parti dapat melakukan pembaikan ke arah lebih positif demi kemaslahatan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: