
PETALING JAYA: Bersatu enggan bersikap ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ walaupun masih membuka pintu perbincangan kerjasama dengan Umno, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Rosol Wahid.
Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, selagi mana nama calon belum diumumkan pimpinan Bersatu, selagi itu pintu perbincangan kekal terbuka.
“Selagi nama calon belum diumumkan pimpinan Bersatu, selagi itulah
perbincangan masih terbuka untuk kedua-dua parti berbincang demi
penyatuan Melayu. Perbincangan belum tamat sehingga calon diumumkan dan
kita dalam Bersatu tahu siapa kita, tetapi bak kata orang, janganlah
‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.
Rosol berkata, Bersatu memperoleh suntikan semangat baharu susulan kesediaan PAS menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 Nov.
Rosol berkata, keputusan itu bukan setakat perkembangan sihat kepada PN, malah memberi tenaga baharu kepada pakatan berkenaan.
“PAS sudah muktamad untuk bersama-sama PN dan ini perkembangan sihat serta memberi tenaga atau harapan baharu kepada Bersatu dan pengundi,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan