Shuhada Abdul Kadir
Datuk
Abdul Majid Mohd Ali berkata, polis kontinjen Melaka amat bersedia jika
berlaku apa sahaja kemungkinan berkaitan ketenteraman awam. - Astro
AWANI
BANDAR HILIR:
Polis Melaka memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri
itu yang dijadualkan bermula 8 November ini berjalan lancar terutamanya
melibatkan aspek ketenteraman awam dalam tempoh pandemik COVID-19.
Ketua
Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya turut
mengenal pasti 16 lokasi panas di ketiga-tiga daerah di negeri itu yang
akan dipantau menggunakan unit dron.
“Polis kontinjen Melaka amat bersedia jika berlaku apa sahaja kemungkinan berkaitan ketenteraman awam.
Maknanya
latihan yang dibuat, bermula daripada latihan ketenteraman awam
sehingga jika keadaan jadi tidak terkawal pengisytiharan darurat akan
dibuat.
“Semasa PRN ini juga, kontinjen Melaka mempunyai 17 pasukan ‘light strike force’
yang mana kita akan memastikan ketenteramana awam sepanjang PRN ini
berjalan lancar supaya rakyat boleh keluar mengundi dan proses demokrasi
itu juga berjalan lancar,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Latihan
Ketenteraamn Awam (POX) OP PRN Melaka di Balai Polis Melaka Tengah di
Banda Kaba di sini, pada Rabu.
Dalam pada
itu beliau berkata, seramai 3,835 pegawai dan anggota polis termasuk
1,245 bantuan kontinjen luar Melaka digerakkan untuk membuat kawalan dan
penugasan sepanjang tempoh PRN ini.
Ujarnya,
pasukan polis juga akan menggunakan empat unit dron bagi memantau
lokasi-lokasi panas selain bantuan dari Unit Pencegahan Rusuhan, Pasukan
Gerak Am (PGA) dan Unit pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“Daripada
penilaian yang dibuat ketika ini kita dapati terdapat 16 kawasan yang
dipanggil ‘hot spot’ yang mana akan diberi tumpuan utama oleh polis dan
kita akan gunakan unit drone untuk membuat penilaian tentang keselamatan
dan ketenteraman awam.
“Apabila ada
drone penugasan dan persediaan kita lebih mudah, selain pandangan lebih
jauh dan kita sebenarnya akan buat pengawasan di semua kawasan tetapi
lokasi-lokasi panas akan diberi tumpuan lebih,”katanya.
Tambah beliau, cuti tahunan pegawai dan anggota polis Melaka turut dibekukan bagi mengadapi PRN ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan