Jumaat, 19 November 2021

Polis cari pemandu Kancil pandu lawan arus

Pemandu Perodua Kancil didapati melawan arus berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam, semalam.  - Foto tangkap layar video tular
Pemandu Perodua Kancil didapati melawan arus berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam, semalam. - Foto tangkap layar video tular

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta Perodua Kancil didapati memandu secara melawan arus berhampiran Plaza Tol Juru, di sini jam 8.17 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata pihaknya mengesan satu video tular berdurasi tiga minit dimuatnaik di Facebook jam 9.05 pagi memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus.

"Video itu menunjukkan sebuah kereta Perodua Kancil dengan nombor pendaftaran tidak pasti telah melawan arus.

"Ekoran itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu kereta itu dan pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Menurutnya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ami Syuqri di talian 013 4194072 atau 04-5382222.

Tiada ulasan: