MGF20112021_HATTEN-HOTEL-PRN20211120_0006-1
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin(kiri) dan calon DUN N.11, Sungai Udang, Mohd Aleef Yusof (kanan) hadir bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Hottel Hatten. Foto AMIRUL SHAUFIQ

BANDAR HILIR – Perikatan Nasional (PN) akan membuat kajian mendalam terhadap kekalahan yang dialami pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu perlu kerana ini merupaan pertama kali PN sebagai satu gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan bekerja sebagai satu kerjasama yang boleh dikatakan mantap.