MALAYSIA POST
PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu mempersoalkan status siasatan mengenai dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung amalan rasuah dalam politik.
Beliau berkata, sehingga sekarang perkara itu tiada maklum balas dan tiada sebarang siasatan dilakukan ke atas dakwaan berkenaan.
“Tan Sri Abdul Hamid ini bukan sekadar polis di Gua Musang atau koperal polis di Tawau tapi bekas Ketua Polis Negara, yang mendedahkan tentang rasuah, dan penyelewengan berlaku di kalangan pemimpin politik termasuk parti ‘lebai’.
“Sampai sekarang dah setahun lebih, saya tak nampak penyiasatan yang serius dan diberitahu berkaitan perkara ini.
“Apakah (pendedahan) bekas Ketua Polis itu hanya omong kosong. Kalau Abdul Hamid omong kosong mesti dakwa beliau kerana memburukkan imej negara termasuk pasukan polis,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, bekas Ketua Polis Negara itu bukan sahaja mendakwa berlaku amalan rasuah dalam politik tetapi turut mendakwa terdapat ‘kartel’ dalam pasukan polis.
Dalam sidang akhbar terakhirnya pada April lalu, Abdul Hamid menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ahli politik yang lompat parti sekali gus mendedahkan amalan rasuah dalam politik. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan