Isnin, 1 November 2021

Banjir Kedah: Mangsa meningkat, satu lagi PPS dibuka

ALOR SETAR: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 20 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas akibat banjir di Langgar, daerah Kota Setar, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Mohd Zain Bahrum, berkata semua mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar sejak jam 6 petang tadi.

Hujan lebat sejak semalam menyebabkan tujuh kampung di Mukim Langgar dan dua kampung di Mukim Limbong banjir.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang. - Foto APM
Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan 
Tanah Merah, Pendang. - Foto APM

"Antara kampung terbabit termasuklah Kampung Alor Setol, Kampung Pokok Asam, Kampung Alor Jawi, Kampung Alor Keladi, Kampung Alor Rela, Kampung Guar dan Kampung Jalan Makam Diraja di Mukim Langgar.

"Dua lagi kampung yang terjejas banjir kilat ialah Kampung Tanjung Inggeris dan Kampung Limbong di Mukim Limbong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS di negeri ini kini bertambah kepada 11.

Jumlah mangsa banjir di empat daerah di negeri ini meningkat kepada 523 mangsa daripada 159 keluarga setakat jam 8 malam ini.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang. - Foto APM
Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan 
Tanah Merah, Pendang. - Foto APM

"Mangsa banjir di daerah Pendang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan masih kekal menempatkan 188 mangsa daripada 49 keluarga sejak dibuka 24 Oktober lalu.

"Di Baling, tujuh PPS masih aktif iaitu SK Tanjung Pari menempatkan 24 mangsa daripada lapan keluarga, PPS SK Siong (21 mangsa, lapan keluarga), PPS Banggol Deram (46 mangsa, 10 keluarga) dan SK Titi Gantung (14 mangsa, 4 keluarga).

Mohd Muaz berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Baling masih kekal 279 daripada 90 keluarga.

Tiada ulasan: