Khamis, 8 April 2021

Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? – Hattan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF13062019_PENGKEBUMIAN-A-RAHMAN-HASSAN_17
Penyanyi, Datuk Hattan (tengah) turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk A Rahman Hassan yang meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru di kediamannya di Surau Al-Ansar, Keramat. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Tindakan selebriti dan Instafamous yang tidak bertanggungjawab selepas mendapat kebenaran merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mendapat perhatian penyanyi senior, Datuk Hattan.

Beliau secara terbuka menegur golongan tersebut yang gemar menunjuk-nunjuk pelbagai aktiviti di media sosial untuk tontonan umum.

“Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal.

Hattan juga tidak menafikan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu mungkin ramai yang tidak dapat pulang ke kampung sempena hari raya nanti.

“Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung.

“Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: