Ahad, 11 April 2021

Warga emas maut diseret 3 kilometer [METROTV]

Dalam kejadian 8.30 pagi semalam, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera di bahagian muka, bahu kiri dan tulang rusuk patah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Abu Samah yang menunggang Honda EX5 dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai hendak masuk simpang di kanan dan semasa membelok, sebuah Nissan Frontier dipandu lelaki warga Indonesia yang tinggal di Kampung Paya Keladan bersama dua penumpang Bangladesh melanggar mangsa.

RAKAMAN video motosikal mangsa ‘terlekat’ di depan kenderaan. (Gambar kanan) Mangsa maut selepas diseret sejauh tiga kilometer. FOTO ihsan polis
RAKAMAN video motosikal mangsa ‘terlekat’ di depan kenderaan.
Gambar kanan) Mangsa maut selepas diseret sejauh tiga 
kilometer. FOTO ihsan polis

"Nissan Frontier itu melanggar penunggang motosikal terbabit di sisi sebelah kiri dan mangsa bersama motosikal diseret sejauh tiga kilometer sebelum jatuh," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Katanya, kes mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987.

Terdahulu rakaman video menunjukkan Nissan Frontier itu bergerak laju dengan motosikal mangsa 'terlekat' di depan kenderaan tular di media sosial

Tiada ulasan: