Ahad, 11 April 2021

Mati sedekad lalu

FOTO HIASAN
FOTO HIASAN

Oslo: Malang bagi seorang lelaki yang hidup sebatang kara di Norway apabila kematiannya hanya disedari jiran dan pihak berkuasa selepas sembilan tahun.

Mayat lelaki berusia 60 tahun itu ditemui di rumahnya selepas seorang pekerja masuk ke apartmen berkenaan untuk melakukan kerja penyelenggaraan.

Dia dipercayai meninggal dunia hampir sedekad lalu berdasarkan surat terakhir pada 29 April 2012 selain menemui sekotak susu yang luput pada 6 Mei 2011 dalam rumahnya.

Berdasarkan jirannya, lelaki itu seorang pemalu dan tidak berminat bercakap dengan sesiapa.

Media tempatan NRK melaporkan lelaki itu pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali dan tidak memiliki anak.

Pentadbiran Tenaga Kerja dan Kebajikan Norway (NAV) mengesahkan mereka menghentikan penyaluran pencen lelaki itu pada 2018 selepas tidak dapat berhubung dengannya.

Sementara itu, Inspektor Polis Oslo, Grete Lien Metlid berkata, laporan bedah siasat mengesahkan kematian pesara itu sebagai semula jadi.

"Cara kematiannya yang semula jadi itu menunjukkan lelaki ini jelas menunjukkan dia suka bersendirian.

"Ini kes unik yang membuatkan kita semua tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku," katanya kepada NRK.

Tiada ulasan: