Ahad, 11 April 2021

Umum awal boleh rentas negeri atau tidak untuk balik raya


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) diminta membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya pada sidang akhbar seleperti dilapor Bernama.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram Johor hari ini.

Baca artikel berkaitan:Nak balik raya…patuhi SOP secara berterusan – KKM

Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM1.34 juta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di daerah Lahad Datu, Sabah.

Katanya, PKP Diperketatkan (PKPD) pula dilaksanakan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak mulai esok hingga 24 April ini.

Beliau berkata PKP di Lahad Datu dikuat kuasa berikutan peningkatan mendadak kes positif harian dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di daerah itu dan sehingga kini, terdapat 103 kes positif direkodkan bagi tempoh 14 hari di kawasan tersebut.

Bagi PKPD di Sabah, Ismail Sabri berkata, ia melibatkan Kampung Bukit Belacon di Mukim Segama, Lahad Datu dan Kampung Muhibbah Raya di Tawau.

Tiada ulasan: