Isnin, 12 April 2021

Jabatan Imigresen tuduh Alvin Goh esok

Oleh MASZUREEN HADZMAN

PETALING JAYA : Ketua sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian, Goh Leong Yeong, 32 atau Alvin dan adiknya, Goh Yeong Hui akan dituduh esok atas dakwaan membenarkan imigran larangan berada di premis miliknya SERTA menjalankan aktiviti jenayah berkaitan.

Pertuduhan dua beradik itu dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tujuh pertuduhan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan memberitahu, pertuduhan itu dilakukan selepas mereka dipercayai menerima wang sejumlah RM 2.14 juta hasil daripada aktiviti haram pada September sehingga November 2019.

“Pertuduhan ini adalah berkaitan tangkapan beratus warga China di Cyberjaya oleh Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bahagian Bahagian Pencegahan Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) Jabatan Imigresen pada November 2019.

“Hasil siasatan itu, sebanyak RM482,508.19 kepunyaan syarikat Alvin Goh telah disita,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu,kedua-dua beradik itu juga akan dituduh di mahkamah pendatang asing tanpa izin (PATI), Semenyih pada hari yang sama di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959 dan 1963. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: