Khamis, 1 April 2021

Pemandu Perodua Alza belasah lelaki hingga patah 7 gigi sudah ditahan

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kota Kinabalu: Pemandu Perodua Alza yang membelasah seorang lelaki menggunakan batang paip sehingga patah tujuh batang gigi ditahan polis di sekitar Kepayan, jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

"Perodua Alza dan sebatang cota yang digunakan bagi membelasah mangsa turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Suspek adalah warganegara Filipina dan berada di negara ini secara sah. Esok suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman," katanya dalam sidang media pada Majlis Bersama Media.

Habibi berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

"Mangsa juga sudah sedarkan diri serta dalam keadaan stabil," katanya.

* Dibelasah kerana tegur tak guna lampu isyarat

Tiada ulasan: