RAMADAN sekali lagi tiba dan umat Islam masih menyambut bulan mulai ini dalam suasana pandemik masih tidak menentu.
Jika dilihat, punca kenaikan kes jangkitan COVID-19 disebabkan kelalaian kita sendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Memandangkan tahun ini, kita diberi ruang dan peluang menunaikan solat Tarawih di masjid, sudahkah kita bersedia memastikan tidak berlakunya penyebaran COVID-19 semasa beribadah?
Berdasarkan pengalaman ketika pelaksanaan solat Jumaat, SOP ketika keluar dari masjid sering kali diabaikan. Ramai jemaah keluar serentak tanpa menjaga jarak.
Terdapat juga yang tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika di masjid yang mempunyai ramai jemaah. Ini boleh menyebabkan penyebaran jangkitan.
Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan garis panduan jelas berkaitan pelaksanaan solat jemaah di masjid.
Sebagai penambahbaikan, pihak masjid perlu menambahkan lagi bilangan petugas yang menjaga jemaah ketika solat Tarawih. Ini penting demi memastikan tiada kluster solat Tarawih muncul.
Jemaah juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mematuhi SOP ditetapkan pihak masjid.
Masjid adalah lambang kebanggaan umat Islam. Sekiranya terjadi perkara tidak diingini, nescaya ia akan memberi persepsi buruk daripada masyarakat berbilang kaum menyebabkan nilai yang ada pada Islam itu dipandang rendah hanya disebabkan segelintir orang.
Semoga Ramadan kali ini membawa sejuta kebaikan kepada kita.
(*) Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan