Jumaat, 16 April 2021

15 kluster baharu Covid-19, 9 babit tempat kerja

Sebanyak 73 daripada 346 kluster aktif melaporkan pertambahan kes hari ini.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 15 kluster baharu Covid-19, dengan sembilan daripadanya membabitkan tempat kerja dan enam lagi berkaitan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Kelantan, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Kedah.

  • Kluster Kampung Bunut Sarang Burung (Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah) dengan 50 Kes
  • Kluster Kampung Domis (Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah) dengan 40 kes
  • Kluster Kampung Labok (Machang) dengan sembilan kes
  • Kluster Kok Lanas (Kota Bahru, Tanah Merah dan Tumpat) dengan 31 kes
  • Kluster Jaya Setia (Petaling) dengan 12 kes
  • Kluster Perabot Olak Lempit (Kuala Langat) dengan 25 kes
  • Kluster Lorong Megah Jaya (Sandakan) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Labuk Tiga (Sandakan dan Lahad Datu) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Radin (Lembah Pantai dan Cheras) dengan 10 kes
  • Kluster Biah Skim (Keningau) dengan 10 kes
  • Kluster Melangkap Tomis (Kota Belud dan Tuaran) dengan 10 kes
  • Kluster Kampung Bechah Semak (Pasir Mas dan Tanah Merah) dengan 36 kes
  • Kluster Jalan Cempaka Putih (Kulai dan Kota Tinggi) dengan sembilan kes
  • Kluster Taman Rakyat (Dungun) dengan 26 kes
  • Kluster Kampung Pokok Machang (Baling, Kuala Muda dan Kulim) dengan 14 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,500 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 73 daripada 346 kluster aktif melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 10 kluster yang tamat hari ini ialah Kampung Padang Tembak, Sungai Puloh, Jalan Laksamana, Kuala Punteh, Bukit Petiti, Hulu Jerocco, Tapak Bina Jalan Vista, Kiba, Bukit Tunggal dan Jasmine Empat, menjadikan 1,154 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Jalan Kempas Satu (81 kes), Abak Bon (77 kes) dan Telok Mas (45 kes),” katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: