Jumaat, 16 April 2021

Pemandu ganding tenaga jadi wira, tumpas pencuri kereta

Pencuri itu cedera ringan pada bahu dan bibir selepas berlaku pergelutan ketika dia cuba melarikan diri.

PETALING JAYA: Detik cemas seorang lelaki berusia 58 tahun yang keretanya dicuri, berubah lega sekelip mata selepas orang awam berganding tenaga membantunya mendapatkan semula kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang Selasa di Jalan Kuchai Maju 13, Kuala Lumpur.

Mangsa berhenti di lampu isyarat apabila seorang lelaki memasuki keretanya dan terus duduk di tempat penumpang belakang.

Mangsa yang panik dan takut terus meluru keluar dari keretanya, seterusnya pencuri itu melarikan kenderaannya.

Pemandu kereta lain yang menyaksikan kejadian itu bagaimanapun mengejar suspek sebelum mengepung kereta berkenaan. Sekurang-kurangnya empat kereta dilaporkan mengepung kereta itu.

Lelaki itu ditahan orang awam dan mengalami kecederaan ringan pada bahu dan bibir selepas berlaku pergelutan ketika dia cuba melarikan diri.

Mangsa tidak mengalami kecederaan manakala keretanya juga tiada kerosakan, selain semua barangan peribadi tidak diusik.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian, dan tempat kejadian tiada kamera litar tertutup (CCTV),” kata Anuar dalam kenyataan

Tiada ulasan: