Eleanor Michelle Patrick
Aktiviti rentas sempadan dibenarkan mengikut enam zon yang telah ditetapkan. - Foto fail
KOTA KINABALU:
Selaras keputusan kerajaan Persekutuan, Sabah bersetuju melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac sehingga 18
Mac depan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata aktiviti rentas sempadan
dibenarkan mengikut enam zon yang telah ditetapkan, kecuali bagi daerah
di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita
mengambil keputusan tersebut setelah mendapat maklum balas dan juga
nasihat daripada pihak-pihak yang berwajib, seperti Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah, dan kita memikirkan itu adalah yang terbaik.
"Tetapi
kita prihatin dan mengambil kira perkembangan yang lebih positif, yang
lebih stabil, kita telah mengubah suai sekatan ini dengan memasukan
daerah-daerah dalam kelompok-kelompok tertentu," katanya.
Enam
zon tersebut ialah Zon 1 (Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran,
Penampang, Putatan dan Papar), Zon 2 (Beaufort, Kuala Penyu dan
Sipitang), Zon 3 (Kudat, Kota Marudu dan Pitas), Zon 4 (Sandakan,
Beluran, Kinabatangan dan Tongod), Zon 5 (Tawau, Semporna, Lahad Datu,
Kunak dan Kalabakan) dan Zon 6 (Keningau, Tambunan dan Tenom).
"Dibawah PKPP, kerajaan negeri juga bersetuju membenarkan majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, serta majlis sosial.
"Tertakluk
kepada 50 peratus kapasiiti ruang premis dengan mematuhi penjarakan
fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mengikut prosedur
operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
Antara
majlis yang dibenarkan ialah kenduri, majlis perkahwinan atau
pertunangan, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang
tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
Sabah semalam mencatatkan pertambahan 95 kes positif COVID-19. Satu kes kematian dicatatkan dari daerah Putatan.
Tiga daerah yang mencatatkan kes harian tertinggi ialah Keningau (31 kes), Kalabakan (17 kes), dan Kota Kinabalu (11 kes).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan