Ahad, 21 Mac 2021

Raja Perlis berkenan terima menghadap Radzi Jidin

BH ONLINE
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mendengar penerangan mengenai Kamus Dewan Perdana Edisi Khas yang dipersembahkan kepada baginda yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada majlis menghadap di Istana Arau hari ini. - Foto BERNAMA

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di Istana Arau, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Radzi berkata Tuanku Syed Sirajuddin sangat prihatin dan cakna dengan pembangunan pendidikan di Perlis.

"Kami (Kementerian Pendidikan) akan terus komited untuk pastikan pendidikan anak-anak generasi waris kita akan terus dokong aktiviti dari semasa ke semasa sehingga ke Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita sebelum menghadap.

Menteri itu yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis, berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Arau esok. – BERNAMA

Tiada ulasan: