Fareez Azman
Asisten
Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan
daripada
wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan
wanita dicabul ahli politik di kediamannya di Taman Bukit Melawati, di
sini pada Ogos tahun lalu.
Menurut Ketua
Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, pihaknya
menerima laporan daripada wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu.
Jelasnya,
kejadian berlaku di antara Julai atau Ogos tahun lalu ketika mangsa dan
suaminya telah dilawati oleh rakan baik mereka yang juga seorang ahli
politik bersama isterinya di kediaman mereka.
Bagaimanapun,
pada awal pagi kejadian ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu
tingkat satu, mangsa mendakwa telah dicium selain payudaranya diramas
oleh suspek.
"Pada awal pagi, semasa
mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat 1, tiba-tiba tersedar dan
merasai mangsa dicium dan payudara telah diramas.
"Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya.
"Pengadu
takut untuk membuat sebarang aduan polis selama ini, kerana bimbang
akan merosakkan hubungan di antara pengadu dan suspek," katanya dalam
kenyataan media pada Ahad.
Mangsa juga,
jelas Mohamad Farouk menyatakan tidak pasti akan tindakan yang perlu
diambilnya memandangkan suspek adalah ahli politik yang berpengaruh di
negeri di Pantai Timur.
Bagaimanapun, tambah Mohamad Farouk, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Jika
sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 10 tahun atau denda
atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.
Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dijalankan berhubung kes itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan