Ahad, 21 Mac 2021

Polis cekup pasangan kekasih warga Eropah berkait dadah

PETALING JAYA: Polis menahan pasangan warga Eropah selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dengan 2gm ganja dirampas ketika serbuan dibuat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata kedua-dua suspek adalah seorang wanita warganegara Denmark, 35, dan pasangannya, warganegara Perancis berusia 30 tahun, ditangkap tengah malam tadi di pangsapuri mereka di Segambut, Kuala Lumpur.

FMT difahamkan wanita terbabit adalah personaliti televisyen terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Menurut polis, ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis ganja, manakala suspek wanita negatif.

Lelaki itu direman selama empat hari hingga 23 Mac, sementara wanita terbabit direman selama sehari.

Tiada ulasan: