Isnin, 1 Mac 2021

Polis bersekongkol kes Addy Kanna dibuang kerja, turun pangkat

Oleh ASLIZA MUSA
ABDUL Hamid Bador memberi kata-kata semangat kepada kumpulan pelatih pada Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH: Dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai hukuman berat terhadap kesemua 31 pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna.

Beliau berkata, hukuman tersebut bagaimanapun akan diputuskan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri.

“Apabila perkara ini diangkat ke atas, kemungkinan hukuman adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potong gaji.

“Bagaimanapun dua hukuman yang utama sama ada dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Itu kuasa yang ada pada SPP,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli (PDRM) Siri 1/2020 di lapang sasar utama, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Tiada ulasan: