Khamis, 18 Mac 2021

Pemilik FB Mujahidah Malaysia didakwa menghasut sudah dikesan

Ekhwan Haque Fazlul Haque
 
Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Bukit Aman sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook (FB) Mujahidah Malaysia yang didakwa menghasut masyarakat mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, individu terbabit akan hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan.

Menurutnya, polis mengesan beberapa kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi dan bersifat menghasut dasar agama dan perkauman.

"Kenyataan itu berdasarkan klip video berdurasi 12 minit 34 saat yang dikongsi menerusi FB.

"Setakat ini, perkongsian itu memperoleh 9,700 respon, 5,900 komen dan dikongsi 7,300 pengguna FB," katanya dalam kenyataan media, hari ini

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Polis menggesa orang ramai untuk lebih berhemah menggunakan media sosial dan tidak mendatangkan kegusaran masyarakat.

Tiada ulasan: