PETALING JAYA: Bagai tinggal di dalam kandang lembu.
Itulah dilema warga kota yang menginap di bilik-bilik sewa tambahan dalam premis kediaman yang tidak mengikut spesifikasi selain tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Bilik-bilik ini didirikan dalam kawasan rumah yang sempit dan tiada ciri-ciri keselamatan demi mengaut keuntungan berlipat ganda.
Malah, ruang tamu di rumah berkenaan hanya berkeluasan ‘sekangkang kera’ dan ketiadaan ruang makan dalam sesebuah rumah.
Di samping itu, kebersihan rumah juga menimbulkan persoalan kerana ada penyewa yang membela binatang peliharaan seperti kucing dan ‘hamster’
Para penyewa yang kebanyakan kalangan berpendapatan rendah B40 juga tidak mempunyai pilihan lain selain kadar sewaan di bilik-bilik berkenaan yang lebih murah selain lokasi yang strategik untuk ke tempat kerja.
Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu negara, rumah pangsapuri berkeluasan 836 kaki persegi dengan kapasiti tiga bilik diubah suai dan ditambah dengan satu billik lain oleh pemiliknya.
Ini sekali gus menimbulkan persoalan kerana rumah pangsapuri mahupun flat tertakluk di bawah akta hak milik strata.
Di bawah akta ini, sebarang pengubahsuaian bangunan strata harus mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengubahsuaian yang mampu menggugat struktur bangunan.
Selain itu, soal keselamatan dan keselesaan penghuni turut menjadi tanda tanya lebih-lebih sekiranya kebakaran berlaku di bangunan yang menempatkan penyewa dalam jumlah yang terlalu ramai. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan