Hakim Madihah Hairullah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohamad Jeffry Mohd Zin, 32, selepas tertuduh yang juga Pegawai Imigresen Gred KP19, mengaku bersalah sejurus pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya.
Mohamad Jeffry yang bertugas di Bahagian Kawalan Imigresen, Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, Selangor, didakwa menerima wang suapan berjumlah RM3,950 daripada individu yang juga ejen bertindak sebagai orang tengah menguruskan pekerja asing.
Tertuduh didakwa menerima wang suapan itu sebagai balasan bagi melepaskan warga China daripada sebarang tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan Taman Semarak, Nilai Negeri, Sembilan, pada 3 Januari 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1) dan 25(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan harta milik tertuduh membabitkan dua motosikal, dua kereta dan wang tunai dalam bank tempatan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM449,658, dilucut hak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, tertuduh menangis ketika merayu diringankan hukuman kerana terpaksa menanggung isteri yang tidak bekerja dan dua anak, termasuk seorang adalah orang kurang upaya (OKU) pendengaran, selain mengaku menyesal atas perbuatannya itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan