Isnin, 22 Mac 2021

Pasar raya AEON tarik balik penjualan telur dicemari SE

MGF06012019_TINJAUAN-PASAR_22
Rangkaian pasar raya AEON Co (M) Bhd (AEON) menarik balik telur yang dikesan dicemari bakteria salmonella enteritidis (SE).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Rangkaian pasar raya AEON Co (M) Bhd (AEON) menarik balik telur yang dikesan dicemari bakteria salmonella enteritidis (SE).

Dalam satu kenyataan hari ini, AEON memaklumkan telur yang terjejas mempunyai kod sama iaitu CEM014 dan telah dikeluarkan daripada rak.

“Pelanggan yang telah membeli produk diminta mengembalikannya ke tempat pembelian di kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan pengembalian wang berdasarkan resit,” katanya kenyataan yang sama.

Para pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 1300-80-2366 atau e-mel feedback@aeonretail.com.my.

Sebelum itu, Agensi Makanan Singapura (SFA) dilapor telah mengesan satu lagi kes telur tercemar dari negara ini.

Arahan telah dikeluarkan kepada beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari pengeluar berkenaan setelah dikesan tercemar oleh Salmonella Enteritidis (SE).- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: