Isnin, 22 Mac 2021

Menjiwai Anak Istimewa #WorldDownSyndromeDay

MGF21032021_PHOTOESSAYSINDROM_02Gelagat seorang murid sindrom down menjelang Sambutan Hari Sindrom Down 
Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID

Sindrom Down atau Down Sindrom bukanlah satu penyakit tetapi merupakan satu masalah genetik yang disebabkan oleh pertambahan kromosom pada kromosom ke-21. Ia bukanlah sesuatu yang asing lagi, namun masih ada segelintir yang tidak peduli tentang individu istimewa ini dan kurangnya usaha untuk memahami mereka secara mendalam.

Disebabkan oleh pertambahan kromosom ini, kanak-kanak yang lahir akan mengalami tahap kecerdasaan yang rendah, kelainan dalam ciri-ciri fizikal dan boleh juga mengalami masalah-masalah kesihatan seperti penyakit jantung, masalah pendengaran dan lain-lain.

Atas dasar tanggungjawab untuk menjaga kebajikan individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down, pelbagai agensi bukan kerajaan telah ditubuhkan di Malaysia. Salah satunya ialah Persatuan Sindrom Down Malaysia (PDSM) dimana kesihatan, pendidikan, serta kebajikan individu-individu Sindrom Down menjadi keutamaan mereka.

PSDM ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa kepada anak anak istimewa ini dan telah didaftarkan sejak 11 Mei 2001. PSDM adalah sebuah pertubuhan di peringkat kebangsaan yang bukan sahaja bertindak bagi menjaga kebajikan individu dengan Sindrom Down malahan juga keluarga mereka. Di samping itu, PDSM juga ahli penuh Majlis Kebajikan dan Pembanggunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia.

Pada masa yang sama, PSDM juga turut melaksanakan pelbagai program seperti intervensi awal, pendidikan dan latihan kepada anak-anak Sindrom Down di bawah persatuan itu. Hal ini demikian kerana sasaran mereka agar anak istimewa ini mampu untuk mencapai kehidupan berdikari sama seperti kita.

Tiada ulasan: