Sabtu, 6 Mac 2021

Iklan jual vaksin COVID-19, KKM ingatkan jangan percaya

iklan jual vaksin COVID-19
Iklan jual vaksin COVID-19 yang dijelaskan palsu oleh KKM.

ADA dijual di Shopee? Ikutkan memang ada iklan jual vaksin COVID-19 di platform tersebut.

Harganya pula tak sampai RM100. Namun jangan pula ada yang percaya.

Bukan sahaja menghabiskan duit tetapi lebih parah membahayakan kesihatan kalau diambil.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu hantaran di media sosial sekali lagi mengingatkan perihal vaksin COVID-19 tiada dijual di pasaran.

“Iklan ini adalah palsu,” kata KKM.

Menurut KKM, vaksin COVID-19 hanya boleh dibekalkan kerajaan.

KKM terus ingatkan iklan jual vaksin COVID-19 adalah palsu semata-mata.

“Penjualan atau pembekalan vaksin melalui mana-mana medium lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Vaksin yang djual di pasaran mungkin tiruan, palsu ataupun datang daripada sumber yang tidak sah,” tegas KKM.

Baca artikel berkaitan: Vaksin ditempah melebihi penduduk, cuma kena ikut giliran

“Pfizer barang baik, tapi saya akan ambil vaksin lain untuk beri contoh”

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memaklumkan mengesan wujud penularan maklumat melalui media sosial berkaitan iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya sedang memantau perkara itu walaupun pengendali perkhidmatan jualan terbabit sudah mengeluarkan kenyataan menafikan wujud iklan sedemikian.

“Namun kita tidak menolak kemungkinan wujud iklan palsu penjualan vakisn COVID-19 pada masa akan datang.

“Sebagaimana yang diumumkan kerajaan pemberian vaksin COVID-19 dilaksanakan secara percuma, maka sebarang tawaran penjualan vaksin itu oleh mana-mana pihak adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan,” katanya.

Tiada ulasan: