Rabu, 24 Mac 2021

Helikopter terhempas di Lapangan Terbang Subang, dua cedera

helikopter
HELIKOPTER dinaiki lima individu terhempas di Lapangan Terbang Subang, pagi ini. - Gambar Bomba

SEORANG juruterbang dan pembantunya cedera, manakala tiga lagi penumpang terselamat apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pagi ini.

Juruterbang helikopter Airbus H125 dan pembantu yang berusia 53 hingga 55 tahun itu mengalami patah kaki.

SEORANG mangsa mengalami patah kaki dalam kejadian 
helikopter terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul 
Aziz Shah, Subang, pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

“Sampai di lokasi didapati sebuah helikopter jenis Airbus H125 telah terhempas tetapi tiada kebakaran berlaku.

“Terdapat lima mangsa warga tempatan dan dilaporkan mengalami kecederaan, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya seperti yang dipetik di Astroawani hari ini.

BERITA BERKAITAN Helikopter terhempas, cubaan mendarat cemas gagal

Mengulas lanjut, Norazam berkata pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan di kaki.

Bagaimanapun, katanya, tiga lagi mangsa tidak mengalami kecederaan.

Tiada ulasan: