Rabu, 3 Mac 2021

COVID-19: Pakai gelang berteknologi tinggi mulai 11 Mac

Hasimi Muhamad
COVID-19: Pakai gelang berteknologi tinggi mulai 11 Mac
Menurut Dr Adham, tiga kategori individu akan diberikan gelang tersebut bagi 
tujuan pengawasan. - Astro AWANI
 
PUTRAJAYA : Mana-mana individu yang dijangkiti atau disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 akan dipakaikan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi mulai 11 Mac ini.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, turut akan dipakaikan gelang pengawasan berkenaan adalah Individu Dalam Pengawasan (PUS).
 
Pelaksanaan peranti pengesanan tersebut termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.
 
“Tiga kategori akan diberikan gelang tersebut bagi tujuan pengawasan.
 
“Setakat ini terdapat model-model yang digunakan. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
 
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Tiada ulasan: