Sinar Harian
Mohammad Fuzi dan isteri, Noraesyah mengadakan majlis secara sederhana
di Parit pada Ahad. - Foto pembaca
PARIT:
Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menamatkan
zaman duda apabila berkahwin dengan Pengarah Kanan (Keusahawanan dan
Perniagaan) Institut Koperasi Malaysia, Puan Sri Noraesyah Shaari di
sini.
Mohamad Fuzi selamat bergelar suami
kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah
masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.
Majlis
perkahwinan pasangan itu berlangsung secara sederhana di rumah keluarga
Mohamad Fuzi di Kampung Tua, Lambor Kanan di sini pada Ahad dengan
mengikut normal baharu.
Hadir
sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua
Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso.
Mohamad Fuzi berkata, beliau gembira kerana dapat disatukan dengan isteri biarpun dalam suasana normal baharu.
“Kerana jodoh, saya dan isteri ditakdirkan bertemu sebelum bersetuju untuk sama-sama mengakhiri dengan ikatan perkahwinan.
“Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan terima kasih kepada semua yang membantu, hadir dan mendoakan kami,” katanya.
Mohamad
Fuzi dilantik sebagai KPN ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar
pada 4 September 2017 sebelum bersara wajib pada Mei 2019.
Isterinya,
Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia akibat barah di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor pada 15
Disember 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan