Abd Hadi Che Awang
Kerajaan
negeri dengan kerjasama SADA juga telah merencanakan beberapa
tindakan
dalam mengurangkan bebanan masalah air yang dihadapi penduduk
di kawasan
berkenaan. -Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR:
Kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan sesi libat urus bagi mendengar
sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk khususnya di Kuala Kedah
yang terjejas akibat masalah bekalan air.
Exco
Bekalan Air dan Sumber Air Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata
pihaknya sudah mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan telah
mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu bekalan air di kawasan
Kuala Kedah.
Tambah
Suraya, pihaknya menerusi portfolio Bekalan Air dan Sumber Air serta
pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah melaksanakan beberapa pelan
jangka pendek dalam menyelesaikan masalah penduduk.
Ia
susulan laporan Astro AWANI yang memaparkan kesukaran penduduk terutama
di kawasan Kuala Kedah selepas mengalami masalah bekalan air sejak
lebih lima tahun lalu.
Jelasnya,
berdasarkan rekod dan maklumat yang diterima, masalah bekalan air di
negeri itu hanya melibatkan satu peratus akaun pengguna berbanding
650,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA).
"Untuk rekod, daripada akaun kita, hanya 650,000 atau satu peratus saja yang terlibat dalam masalah air ini.
"Kita pun telah berbincang dengan masyarakat setempat, memberikan penyelesaian terbaik yang kita ada.
"Satu adalah lori air yang dihantar, kita tambah daripada lima jadi lapan lori untuk dihantar.
"Kemudian kekerapan adalah dua hari sekali.
"Yang kedua adalah mengenai hotline, kita akan perbaikilah sistem hotline," kata Suraya.
Mengulas
mengenai dakwaan sikap 'pilih kasih' dalam penghantaran air, Suraya
berkata masalah berkenaan berlaku selepas wujud salah faham dalam
kalangan penduduk dan pihak SADA.
Ia
berikutan dakwaan bahawa ada kalangan pemandu lori air SADA yang hanya
menghantar air ke rumah-rumah tertentu sahaja sehinggakan ada penduduk
yang tidak menerima bekalan air selama lapan hingga 11 hari.
"Itu dakwaan, Kita pun nak kena check balik, kita pun akan perbaiki.
"SADA dah jumpa dengan driver lori,
satu nak kena mesti bersikap terbuka tidak bercakap balik, tidak
membalas apa yang orang tempatan cakap, sebab ada tong-tong besar, tong
statik,
"Ramai beranggapan mereka hantar kat tong besar, rumah lain tak hantar dah. Sebenarnya kena hantar ke rumah terlibat, untuk standby, kalau air rumah mereka habis, boleh guna dalam tong besar," kata Suraya.
Menteri
Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor dalam pada itu berkata kerajaan
negeri dengan kerjasama SADA juga telah merencanakan beberapa tindakan
dalam mengurangkan bebanan masalah air yang dihadapi penduduk di kawasan
berkenaan.
Antara pelan jangka panjang
yang sedang dirangka ialah menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang
yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.
Menurut beliau, SADA telah diarahkan menambah bilangan lori jumbo
bagi proses penghantaran air ke lokasi terlibat yang mana keputusan
berkenaan telah diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Kedah yang terbaharu.
"Kita dah putuskan dalam mesyuarat exco yang lepas, kita minta SADA tambah bilangan lori untuk hantar air dalam lori jumbo pam dalam lori tangki.
"Kita akui Kuala Kedah yang berada di hujung sistem paip memang bertekanan rendah.
"Pembangunan
pesat di pekan Kuala Kedah sejak 10 tahun terakhir ini tidak diikuti
oleh pembangunan infra bekalan air yang hanya bergantung kepada infra
berbelas tahun dahulu.
"Projek perumahan makin banyak, jadi pembangunan kawasan penempatan dengan struktur tidak seiring," kata Muhamad Sanusi.
Sementara
itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menyatakan bahawa pihak kementerian turut meluluskan dua Projek Takungan
Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang dapat menyimpan air ketika musim hujan
bagi memastikan bekalan air negeri tidak mengalami sebarang masalah,
terutamanya pada musim kemarau.
Tambah
Tuan Ibrahim, pihaknya turut meluluskan pembinaan LRA Kodiang yang
bernilai RM550 juta dan Loji Rawatan Air (LRA) Sidam Kiri bernilai RM450
juta di mana kedua-dua LRA itu dijangka dapat memulakan operasi
menjelang 2027.
"Isu besar di Kedah,
terutama sumber air bekalan air, dan kita luluskan dua projek takungan
air pinggiran sungai supaya waktu air banyak pada musim hujan dapat kita
takung dan kita dapat manfaatkan.
"Takungan
itu di hilir, bukan konsep empangan, yang di hulu. Ini di hilir
berdekatan dengan loji supaya air dapat kita rawat terus di loji," kata
Tuan Ibrahim.
Tambahnya, usaha juga
sedang dilakukan bagi menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW) Kedah
yang kini berada pada tahap 43 peratus kepada 25 peratus yang dipercayai
berlaku akibat masalah struktur paip lama yang tidak diganti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan