Rabu, 3 Mac 2021

305 ditahan ingkar PKP

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan 
direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan, merekod diri, pelanggan,
tidak memakai pelitup muka, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan 
tiada penjarakan fizikal.

PETALING JAYA: Seramai 305 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 296 dikompaun, lapan lagi direman manakala seorang dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan, merekod diri, pelanggan (100), tidak memakai pelitup muka (80), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (48), tiada penjarakan fizikal (40), aktiviti pusat hiburan (17), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5), keluar rumah tanpa alasan munasabah (3) dan lain-lain (12),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Ismail berkata semalam seramai 8,824 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, daripada jumlah itu, 36 orang didapati positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 559,619 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 29,262 majikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,842 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 550,777 lagi adalah negatif,” katanya.

Ismail berkata, sehingga kini sebanyak 1,503 klinik terlibat dengan program saringan terbabit.

“Seperti yang diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Feb 2021,” katanya.

Tiada ulasan: