Jumaat, 5 Mac 2021

2,154 kes baru, kes kekal tinggi di Lembah Klang

MALAYSIAKINI
 
 Malaysiakini

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 2,154 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini, dengan tiada penambahbaikan di Selangor dan Johor menjelang penguatkuasaan PKPB mulai hari ini.

Sejumlah 906 kes baru dilaporkan di Lembah Klang. Ia menunjukkan peningkatan berbanding purata 834 kes baru sejak tujuh hari lalu. 

Ia merangkumi Selangor dengan 794 kes, Kuala Lumpur (108) dan Putrajaya (4).

Johor menjadi negeri kedua dengan kes baru tertinggi dengan 463 kes, meningkat berbanding purata 316 kes baru untuk tempoh sama.

Secara keseluruhan, jumlah kes Covid-19 di seluruh negara terus menurun, sementara kes ICU pada jumlah terendah sejak 10 Januari.

Maklumat utama:

Kes sembuh: 3,275

Kes aktif: 22,034

Pesakit dalam ICU: 184

Pesakit dengan bantuan pernafasan: 87

Kematian: 6 (jumlah keseluruhan: 1,159)

Kematian

KKM memaklumkan enam lagi pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia, dengan lima daripadanya di Selangor dan seorang di Kedah.

Pesakit yang meninggal dunia ini berusia antara 55 hingga 87 tahun yang turut mengidap penyakit lain, kecuali pesakit lelaki berusia 55 tahun di Selangor (kes 306,058) yang tiada latar belakang apa-apa penyakit.

Semua kes kematian adalah warga tempatan.

10 kluster baru

Sementara itu, terdapat 10 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, dengan lapan daripadanya adalah berkaitan tempat kerja. 

Pada masa sama, terdapat 12 kluster yang diisytiharkan tamat iaitu Kluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Jubilee, dan Kluster Jalan Enam Belas.

Terdapat 488 kluster aktif pada masa ini.

Berikut adalah perincian berkenaan kluster baru:

Kluster Kampung Nyatoh

  • Daerah: Seremban, Negeri Sembilan dan Gombak, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Pusat pengajian di Kampung Nyatoh di Rantau, Seremban
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 27 Feb, saringan individu bergejala melibatkan 3 kes
  • Jumlah kes setakat ini: 74 daripada 193 yang disaring

Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud

  • Daerah: Hulu Langat, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Tapak binaan di Jalan Zamrud Utama, Kajang
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 5 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 629 yang disaring

Kluster Jalan Dato Sellathevan

  • Daerah: Klang, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Syarikat perkhidmatan di Jalan Dato Sellathevan di Kampung Jawa, Klang
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 4 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 150 yang disaring

Kluster Industri Cheras Jaya

  • Daerah: Hulu Langat, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 5 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 14 daripada 36 yang disaring

Kluster Meranti Utama

  • Daerah: Sepang, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Meranti Utama, sepang
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 3 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 157 yang disaring

Kluster Perusahaan 10

  • Daerah: Seberang Perai Utara dan Tengah, Pulau Pinang
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Lorong Perusahaan 10, Prai Industrial Estate, Seberang Perai Tengah
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 25 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 57 daripada 372 yang disaring

Kluster Jalan Senu

  • Daerah: Larut, Matang dan Selama, Perak
  • Lokasi / Sumber: Ceramah agama di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau
  • Kategori kluster: Keagamaan
  • Kes pertama: 22 Feb, saringan prapembedahan
  • Jumlah kes setakat ini: 10 daripada 52 yang disaring

Kluster Jalan Mutiara Barat

  • Daerah: Cheras, Kuala Lumpur serta Petaling dan Hulu Langat, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Pasar raya dekat Jalan Mutiara, Cheras
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 15 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 17 daripada 86 yang disaring

Kluster Persiaran Alam

  • Daerah: Cheras, Kuala Lumpur
  • Lokasi / Sumber: Kilang dekat Jalan Persiaran Alam, Cheras
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 22 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 17 daripada 43 yang disaring

Kluster Kuala Punteh

  • Daerah: Keningau, Sabah
  • Lokasi / Sumber: Kampung Kuala Punteh, Keningau
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 27 Feb, saringan masuk wad
  • Jumlah kes setakat ini: 25 daripada 132 yang disaring

Tiada ulasan: