Bernama
Menurut
Sulaiman, produk pelancongan baharu itu bakal menyajikan
pengunjung
dengan pelbagai genre seram, misteri dan peristiwa hitam,
berdasarkan
cerita masyarakat yang pernah berlaku di Melaka. - Foto
Facebook /
Sulaiman Md Ali
MELAKA:
Produk pelancongan baharu, 'Rumah Seram Melaka' yang dijadual siap
sepenuhnya Mei ini, dijangka mampu menarik kehadiran kira-kira 300,000
pengunjung setiap tahun, sekali gus meningkatkan hasil pendapatan
negeri.
Ketua Menteri Melaka
Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, projek membabitkan pelaburan
kira-kira RM21 juta yang dibangunkan di pekarangan Menara Taming Sari
itu, bakal menyajikan pengunjung dengan pelbagai genre seram, misteri
dan peristiwa hitam, berdasarkan cerita masyarakat yang pernah berlaku
di Melaka.
"Tema
seram dipilih sebagai produk pelancongan baharu di Melaka, kerana kita
mahu mempelbagaikan tempat beriadah untuk pelancong ke negeri ini,
sebelum ini antara produk yang kita sudah ada ialah zoo dan 'Dinosaur
World', tetapi belum ada produk bertemakan seram.
"Justeru,
bagi pengunjung yang sukakan kelainan seperti sesuatu yang menguji
keberanian, mereka boleh pilih Rumah Seram Melaka sebagai destinasi
pelancongan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis
Menandatangani Perjanjian Produk Pelancongan Baharu antara Melaka Taming
Sari Berhad dan Syarikat RBA Risk Advisors Sdn Bhd, di Kompleks Seri
Negeri di sini pada Isnin.
Menurut
Sulaiman meskipun produk tersebut berkonsepkan rumah hantu, namun
pengunjung boleh menimba ilmu pengetahuan melalui pengisian
cerita-cerita sejarah, seperti legenda Hang Tuah Lima Bersaudara dan
Hikayat Puteri Hang Li Po dalam bentuk yang lebih interaktif.
Pada
majlis itu, Melaka Taming Sari diwakili dua ahli lembaga pengarahnya
Abdullah Ali dan Mohd Salleh Jusman, manakala RBA Risk Advisors Sdn Bhd
diwakili Zamberi Abdullah dan Tee Lai Aun, juga selaku ahli lembaga
pengarah.
Turut menyaksikan majlis
menandatangani perjanjian berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani
Khamis, yang juga Pengerusi Melaka Taming Sari.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan