PETALING JAYA: Cadangan SOP lebih ketat akan dibentangkan bagi mengawal penularan Covid-19 susulan peningkatan kes yang mendadak kebelakangan ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara sedang memperhalusi tindakan yang perlu diambil, terutama melibatkan sektor sosial.
“Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat – apa pendekatan dan tindakan yang akan dilaksanakan,” katanya pada sidang media.
Ketika soal jawab dengan pemberita, Ismail memaklumkan pengumuman akan dibuat pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan