Bernama
MIDF
berkata kadar inflasi pada purata 2.3 peratus tiga tahun sebelum GST
dan tidak jauh berbeza dengan purata 2.7 peratus yang dicatatkan selama
tiga
tahun selepas GST. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Kerajaan boleh menilai semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan
mengkaji untuk cukai penggunaan itu dapat dilaksanakan dengan lebih
baik, mempertimbangkan semua kemungkinan kelebihan GST berbanding rejim
cukai lain yang akan memberi manfaat kepada kerajaan, perniagaan dan
rakyat, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Dalam
Laporan Tematik yang dikeluarkan semalam, bank pelaburan itu berkata
komunikasi mengenai pelaksanaan GST penting berikutan ia akan melibatkan
rakyat dan kerajaan perlu memberikan lebih banyak penjelasan dengan
menekankan mengenai kemungkinan impak dalam jangka masa pendek dan
strateginya untuk mengurangkannya.
"Pembayaran
balik GST, yang menjadi isu sebelum ini, perlu diuruskan dengan cekap
berikutan sebarang kelewatan tidak memberi sokongan kepada aliran tunai
perniagaan apabila kos menjalankan perniagaan boleh terjejas," katanya.
Selain
itu, pelarasan dapat dibuat selepas melakukan analisis kos-faedah
seperti pada tahap yang dikenakan cukai dan kadar GST, katanya.
Bank
pelaburan itu berkata terdapat perbincangan mengenai melaksanakan
semula GST baru-baru ini dalam persekitaran krisis berikutan COVID-19
yang dapat meningkatkan keupayaan kerajaan untuk menangani kelembapan
ekonomi dengan skim pendapatan sedia ada dan tanpa bergantung kepada
hutang negara tambahan.
"Melaksanakan
semula GST mempunyai kemungkinan menjejaskan sentimen pengguna yang
telah meningkat secara berperingkat jika ia tidak disampaikan dengan
jelas kepada rakyat," katanya.
Mengenai
inflasi, MIDF berkata kadar inflasi pada purata 2.3 peratus tiga tahun
sebelum GST dan tidak jauh berbeza dengan purata 2.7 peratus yang
dicatatkan selama tiga tahun selepas GST.
Bagaimanapun,
katanya berdasarkan kemungkinan paras harga meningkat jika GST
diperkenalkan semula, pihak berkuasa yang berkaitan perlu memantau
pergerakan harga selepas dikuatkuasakan.
Bank
pelaburan itu berkata antara aspek penting GST ialah ia dapat
mengurangkan kesan cukai bertindih yang lebih kerap berlaku di bawah
SST.
Berdasarkan kadar adalah sama, pengguna akan membayar kurang di bawah GST berbanding SST.
Pada
masa sama, katanya kerajaan dapat mengelak sebarang kerugian dalam
cukai yang tidak dikutip berikutan sistem kutipan yang lebih menyeluruh.
"Walaupun
terdapat kontroversi dengan pelaksanaan GST sebelum ini, kita dapat
sekurang-kurangnya menyatakan bahawa impak yang positif telah membantu
meningkatkan kedudukan fiskal kerajaan," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan