Rabu, 20 Januari 2021

Bekas MB Terengganu, isteri positif Covid-19

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
AHMAD Said dan Norliza Mahmud yang disahkan positif Covid-19 kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu hari ini.

KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif Covid-19.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dan isterinya menerima keputusan ujian saringan itu petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Berita tersebut turut dikongsikan UMNO Kemaman menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook rasminya.

“Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan Datuk Seri dan isteri didapati positif Covid-19 dan menerima rawatan di hospital.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan Datuk Seri dan isteri kembali pulih seperti biasa, InsyaAllah,” kata hantaran itu. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: