TANAH MERAH: Tingkat tiga bangunan baharu Hospital Tanah Merah yang sedang dalam pembinaan terbakar kira-kira jam 8.50 malam tadi.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada tempat pemasangan kabel elektrik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 malam.
"Seramai 13 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan Machang bergegas ke lokasi.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran berlaku membabitkan bangunan tambahan Hospital Tanah Merah yang sedang dibina.
"Kebakaran berlaku di tingkat tiga iaitu tempat pemasangan kabel elektrik," katanya ketika dihubungi.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.38 malam dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan