Sabtu, 2 Januari 2021

Agong, Permaisuri zahir dukacita kemalangan menimpa Nur Izzah

135526286_260441622173042_2467980028227652766_o
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang menimpa pelajar Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri di Manchester, England, Isnin lepas.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang menimpa pelajar Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri di Manchester, England, Isnin lepas.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua mendoakan semoga Nur Izzah, dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sedia kala.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera,” kata kenyataan itu.

Nur Izzah, 20, yang merupakan pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester, kini berada dalam keadaan koma dan sedang mendapat rawatan di Salford Royal Hospital, England selepas menjalani pembedahan.

Pelajar yang berasal dari Karak, Pahang itu dilaporkan mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan tulang rusuk selepas bertembung dengan sebuah bas ketika sedang menunggang basikal di Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian pukul 4.25 petang.- BERNAMA

Tiada ulasan: