PETALING JAYA: Seorang aktivis hak wanita mengkritik cara Universiti Malaya mengendalikan satu kes gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pelajarnya.
Lilian Kok daripada Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam) berkata, kes itu menunjukkan Unit Integriti UM sukar difahami.
Katanya, ini menunjukkan UM tidak sesuai menjadi antara universiti pertama yang melaksanakan kod etika bagi mencegah gangguan seksual.
Beliau merujuk Kod Amalan untuk Mencegah dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual UM, di mana hasil siasatan perlu didedahkan kepada kedua-dua pihak.
“Bagaimanapun, seperti yang kita boleh lihat daripada kes ini, mempunyai proses komprehensif tidak mencukupi.
“Perlu ada akauntabiliti dan ketelusan melaksanakan langkah pencegahan gangguan seksual secara menyeluruh.” katanya kepada FMT.
Beliau menggesa satu undang-undang digubal untuk membolehkan mangsa gangguan seksual mendapatkan akses bagi kaedah mengatasi ketidakseimbangan ini.
Menurut laporan baru-baru ini, seorang pelajar tahun ketiga membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan maklum balas yang diterima daripada Unit Integriti UM.
Beliau mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pensyarah kanan di pejabatnya pada 3 Jun 2019.
Naib canselor UM dalam satu kenyataan berkata, siasatan dimulakan sejurus aduan diterima dan pelakunya sudah dihukum di bawah peraturan kod integriti.
Tetapi, Kok berkata, universiti itu sepatutnya bertanggungjawab atas kegagalannya mengekalkan persekitaran selamat untuk pelajar.
Katanya, pelajar tidak sepatutnya takut membuat aduan.
“Kes yang anda laporkan akan mencerminkan betapa teruknya gangguan seksual dalam budaya kita.
“Sebanyak 28% rakyat Malaysia mengalami gangguan seksual, 1/5 daripadanya berlaku di sekolah atau universiti.
“Universiti juga perlu lebih sedar mengenai dinamik kuasa yang tidak dapat dielakkan di dalam persekitaran itu dan mengambil langkah tegas serta telus melindungi hak pelajar.”
No comments:
Post a Comment