KERAJAAN menegaskan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan pada masa hadapan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UEC sudah mendapat pengiktirafan separa (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
"Kerajaan pada 2012 juga sudah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program
PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun, berhubung isu pengiktirafan UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa beliau tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC.
"Sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan, perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan," katanya.
Hua Zhong menerusi kenyataannya kelmarin, memaklumkan tuntutan pengiktirafan UEC adalah antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri itu Khamis lalu
No comments:
Post a Comment