SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib tidak reda dengan pertukaran kerajaan Persekutuan sekarang kerana menganggap Perikatan Nasional (PN) telah mengkhianati mandat rakyat.
Kata Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Gombak itu, amat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kira-kira dua tahun lalu, rakyat telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Saya rayu kepada Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), fahamilah hati budi rakyat. Apa yang berlaku (pertukaran PH kepada PN sebagai kerajaan Persekutuan) itu tidak betul.
- Dr Mahathir Tekad Letak Jawatan Walaupun Diminta Tidak Melepaskannya – Agong
- Mahathir Tolak Tawaran Anwar, Tetap Mahu Jadi PM & Enggan Jadi Menteri Mentor
“Kita kena faham, (sistem) demokrasi ini bukan saja proses, ia ada adabnya,” katanya membahas usul Pakej Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor ke-14 hari ini.
Bagaimanapun, ADUN Sijangkang dari Pas, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi bangun mencelah mengemukakan pertanyaan kepada Saari, adakah tindakannya yang sebelum ini bertanding atas tiket Pas kemudian melompat ke parti Amanah tidak mengkhianati mandat rakyat?
Dr. Ahmad Yunus Hairi
“Dahulu YB (Saari) menang pilihan raya umum di kerusi DUN Hulu Kelang atas tiket Pas selepas itu lompat ke parti Amanah ketika itu. Tidakkah itu dinamakan mengkhianati mandat rakyat?” soal Dr. Ahmad Yunus.
Namun, Saari dengan tegas mengakui beliau bertanding atas tiket Pas tetapi hatinya ketika itu membawa aspirasi PR.
Katanya, tindakannya tidak salah kerana Presiden Pas pada waktu itu pun cenderung kepada PR sehingga membawa kepada gabungan parti berkenaan dengan PKR dan DAP.
- DAP Dakwa Kekeliruan dan Lambat Tindak Balas Punca Kerajaan PH Tumbang
- Kerajaan PH Tumbang Kerana Dr Mahathir, Kata Pemimpin DAP
Sesi perbahasan yang lari dari topik asal itu kemudian tegang apabila Ketua Pembangkang, Rozam Ismail memberitahu, pembentukan kerajaan PN bukan mengkhianati mandat rakyat sebaliknya disebabkan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Ujar beliau, selepas peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong memanggil setiap Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selepas Tuanku selesai menemuduga setiap Ahli Parlimen dan mendapat yang menyokong Muhyiddin mendapat majoriti, maka Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Tidak adil kalau PH menuduh PN kerajaan pintu belakang atau kerajaan mengkhianati rakyat. Kerana kalau Tun Dr. Mahathir tidak meletak jawatan, pertukaran kerajaan tidak berlaku. Kenapa tiba-tiba salahkan UMNO?” soalnya.
Kata Rizam, kalau PH mahu bercakap mengenai mandat, BN paling banyak memenangi kerusi berbanding semua parti yang bertanding.
“Kalau ikut mandat, BN paling banyak dapat kerusi, PH bentuk kerajaan
kerana gabungan antara PKR, DAP, Amanah, Warisan dan Bersatu,” ujar
beliau.
No comments:
Post a Comment