KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berkenan
menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada
Hospital Kuala Lumpur.
Manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan
menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di
seluruh Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi 2 catatan
Facebook memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan atas
sumbangan yang diberikan.
“Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Raja Permaisuri
Agong atas sumbangan itu.
“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat
petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,”
menurut catatan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan