Syaratnya mereka perlu mendaftar dengan pihak polis terlebih dahulu.
Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi GerakMalaysia yang dibangunkan bersama oleh Kementerian Komunkasi dan Multimedia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka juga boleh mendaftar di balai-balai polis berdekatan dengan syarat membuat temu janji terlebih dahulu bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.
“Difahamkan ramai yang berada di kampung halaman sejak mulanya arahan PKP ingin pulang ke rumah masing-masing. Ada yang mengadu sudah tidak ada baju lagi hendak dipakai , risau keselamatan rumah dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.
“Kami memahami rintihan tersebut tetapi urusan balik semula ke tempat tinggal masing-masing ini tidak semudah menguruskan pelajar IPT pulang ke kampung.
“Ini kerana kerajaan mempunyai data yang lengkap mengenai jumlah pelajar yang terkandas serta kaedah untuk memastikan penghantaran pulang mereka selamat dan terkawal.
“Untuk itu, kami meminta orang ramai yang berhasrat pulang ke tempat tinggal masing-masing supaya mendaftar dahulu dengan polis supaya kami boleh buat penilaian sama ada mereka boleh diberi pelepasan atau tidak.
“Kami juga ingin memastikan mereka bukan datang dari kawasan-kawasan yang mempunyai kes Covid-19 yang tinggi,” katanya semasa sidang media hari ini.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan