KUALA
LUMPUR– Dalam keadaan rakyat sedang hangat memperkatakan
tentang isu Rohingya, jangan pula lupa tentang isu pendatang China yang
masuk ke negara ini sebagai pelancong tapi tidak ada rekod keluar, kata
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin.
Katanya, tujuan etnik Rohingya ke Malaysia adalah jelas ingin meminta
perlindungan ‘suaka politik’ disebabkan penindasan yang dilakukan oleh
kerajaannya tetapi berbeza dengan warga China.
“Motif
dan tujuan kemasukan mereka ke negara ini adalah jelas… tidak lain
tidak bukan untuk tujuan ‘survival’ disebabkan penindasan dan
pembersihan etnik. Atas faktor itulah, mereka beramai-ramai lari masuk
ke negara ini.
“Tetapi… ini berbeza dengan lambakan warga China yang berpusu-pusu
masuk ke negara ini. Apakah tujuan mereka? Apakah motif mereka? Adakah
tujuan mereka masuk ke Malaysia? Inilah menjadi persoalan sebahagian
besar rakyat Malaysia, terutamanya dalam memikirkan soal keselamatan
masing-masing.
“Apa yang lebih menggusarkan, pendatang China ini turut mempunyai
kekuatan ekonomi (duit) yang lebih memudahkan mereka untuk kekal lama di
negara ini. Misalnya seperti kes-kes pembelian kad pengenalan dan
pasport palsu yang dikatakan mencecah RM400,000 seperti yang berlaku di
Pulau Pinang baru-baru ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari
ini.
Menurut Fairuz lagi, ini belum lagi menyentuh soal jenayah
antarabangsa yang dilakukan oleh pendatang China ini yang seolah-olah
mahu menjadikan Malaysia sebagai hub jenayah siber antarabangsa dan
pastinya akan memberi imej buruk kepada Malaysia sebagaimana susulan kes
penangkapan kira-kira 1,000 orang pendatang China di Cyberjaya yang
dikatakan melakukan sindiket penipuan online.
“Kerajaan perlu menubuhkan RCI untuk menyiasat kes ini secara
terperinci. Gempur habis-habisan dan heret perasuah dan pengkhianat
negara yang menjadi dalang kepada sindiket warga asing ini ke muka
pengadilan.
“Ini dikhuatiri akan meningkatkan lagi kewujudan sindiket-sindiket
penjualan IC palsu yang pastinya akan mencanak naik seperti cendawan
tumbuh selepas hujan hanya untuk memenuhi tuntutan pelanggan,” ujarnya.
Dilaporkan, menurut Jabatan Audit Negara (2018), 76,258 (95.6%)
daripada pendatang China ini tidak ada rekod keluar selepas memasuki
negara ini dan kebanyakan warga China ini masuk sebagai pelancong dan
diberi pas lawatan sosial selama 30 hari tetapi selepas 30 hari, mereka
tidak pulang ke China malah terdapat kes yang salah guna visa dengan
bekerja di pusat hiburan atau menjadi pekerja seks, katanya.
Tambahnya lagi, pihak Imigresen juga perlu memastikan sistem baru
iaitu ‘Imigration Integrated System’ yang sedang dibangunkan ini
benar-benar efektif dan tidak boleh dimanipulasi seperti sistem
lama, MyIMMs.
“Pencegahan melalui teknologi merupakan medium paling efektif yang
digunakan oleh kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Australia,” tegasnya.
Berikut adalah penipuan yang dilakukan oleh warga China di Malaysia.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/630513/amp
https://www.bharian.com.my/node/623132/amp– UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan